Haida Hasnan Rupanya Sukses Urus Bengkel Sendiri – Lama Tak Menyanyi

"Tiba-Tiba Terdetik, Apa Akan Jadi Sekiranya...,"

Haida Hasnan Rupanya Sukses Urus Bengkel Sendiri – Lama Tak Menyanyi

Haida Hasnan Rupanya Sukses Urus Bengkel Sendiri - Lama Tak Menyanyi
Haida Hasnan

Penyanyi Haida Hasnan mengakui hidupnya sudah lengkap dengan kehadiran tiga anak lelaki di sisi sejak berpisah dengan bekas suami kira-kira lapan tahun lalu.

Haida atau nama sebenarnya, Siti Haida Hasnan, bagaimanapun menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.

“Setakat ini saya masih selesa begini. Mungkin proses kehidupan itu membuatkan saya sudah terbiasa. Bila kita ada anak-anak yang semakin membesar, kita bahagia gembira dengan mereka.

“Saya okay sahaja. Bagaimanapun soal jodoh kalau ada, adalah. Anak-anak pun memahami,” katanya kepada MH.

Menetap di Melaka sejak mengambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada bisnes, Haida kini komited menguruskan bengkel kereta yang dibuka sejak beberapa tahun lalu.

Mengulas mengenai bengkel kereta yang diusahakan bersama kenalan itu, Haida yang juga peserta Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) bersyukur kerana bisnes berkenaan kini berjalan dengan baik.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

“Kalau nak diikutkan memang sudah lama saya tidak menyanyi secara serius. Pada tahun 2017, saya sebenarnya sudah setkan diri untuk beralih ke bidang perniagan. Saya fikirkan soal umur ketika itu.

“Terfikir sampai bila nak menyanyi memandangkan kita tiada lagi sumber rezeki tetap yang lain. Tiba-tiba rasa terdetik, apa akan jadi sekiranya berlaku apa-apa di kemudian hari. Sekali kita dilanda pandemik Covid-19 dua tahun lalu.

“Jadi dalam tempoh tiga tahun sebelum pandemik, alhamdulillah saya banyak belajar mengenai dunia perniagaan dan bergerak sendiri. Saya ada cuba buat katering, uruskan majlis dan terakhir saya buka bengkel.

“Syukur sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), hanya bisnes bengkel yang bergerak dan progresnya kini berjalan dengan baik, syukur,” katanya.

Ditanya mengapa memilih bidang tersebut sebagai sumber pencarian yang sinonim didominasi kaum lelaki, Haida percaya kepada rezeki.

“Saya tiada sebab spesifik sebab utama buka bengkel. Masa itu kereta asyik rosak hingga kerap masuk bengkel. Kemudian saya kenal dengan beberapa mekanik lalu tercetus idea untuk buka bengkel sendiri.

“Tapi sebelum ini kalau setakat kerosakan minor, saya baikinya sendiri sahaja. Bengkel saya ada tiga mekanik dan terletak di Taman Kota Laksamana. Cuma bila saya fokus kepada GV9, ia diuruskan oleh mekanik senior yang dipercayai,” katanya lagi.

Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk

Haida Hasnan Rupanya Sukses Urus Bengkel Sendiri – Lama Tak Menyanyi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Serangan Muhyiddin Kepada Ismail Sabri Menunjukkan Muhyiddin Sudah Koyak Teruk

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker