Jangkaan PN, PH kalah besar pada PRU15

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


PN dan PH dijangkakan akan kalah besar pada PRU15. Mengejutkan sekali laporan yang diterima daripada banyak sumber non-partisan.



Laporan-laporan awal yang diperolehi secara rawak mendapati rakyat akan memberi peluang kepada Barisan Nasional kembali ke Putrajaya 20 November ini.

Walaupun terdapat laporan dari beberapa agensi Pro-Pakatan dan Perikatan, tinjauan sekumpulan pemerhati politik bebas dari seluruh negara mendapati sebaliknya.

Rakyat masih trauma dengan manifesto Pakatan Harapan pada PRU14 selain menyatakan pembentukan Perikatan Nasional hanyalah sekadar ‘bersalin kulit’ sedang hakikat sebenar mereka adalah orang yang sama dalam PH.

Jangkaan PN, PH kalah besar pada PRU15



Bagi rakyat, PN merupakan sebahagaian daripada manifesto PH kerana kerjasama mereka sebelum ini telah banyak menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat.

Pelbagai inisiatif serta insentif rakyat ditiadakan sejak PH mengambil alih tampuk Putrajaya. Perlakuan yang masih kekal dalam ingatan rakyat, bagaimana berbelas ribu penjawat kontrak ditamatkan perkhidmatan selepas PH memerintah. 

Mereka yang ditamatkan perkhidmatan berada dalam kejutan sejurus menerima khabar buruk yang dihidangkan sewaktu mahu menyambut Aidilfitri dan ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam.

Jangkaan PN, PH kalah besar pada PRU15



Bagi mereka, samada Mahathir, Anwar mahupun Muhyiddin, itulah individu yang telah menyebabkan ‘periuk nasi’ mereka diisi pasir dan memaksa mereka mencari pekerjaan baru bagi menampung kehidupan.

Belum menyentuh inisiatif kerajaan BN yang membantu rakyat menerusi pemberian BR1M tanpa syarat seperti diperkenalkan PH. Malah, pihak beruniform juga merasai kesan bila kenaikan elaun serta insentif mereka yang disediakan kerajaan terdahulu disekat dengan alasan penjimatan wang.

Tertanya juga kemana hilangnya wang ‘Tabung Harapan’ yang berjumlah ratusan juta ringgit. Jika dakwaan wang tersebut digunakan bagi membayar hutang.

Jangkaan PN, PH kalah besar pada PRU15



Sangat tidak logik kerana hutang yang sering disebut-sebut tidak berkurang sedangkan dilaporkan pembayaran dilakukan oleh PH.

Apa lagi yang mahu dihidangkan PH dan PN kepada rakyat pada 19 November ini? Cukuplah mereka tertipu dengan manifesto yang hanya membuat rakyat rasa tertipu.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button