Kelab divisyen tujuh Inggeris mahu pinjam Haaland

LONDON: Ashton United, pasukan yang beraksi dalam divisyen ketujuh liga bola sepak Inggeris, melakukan langkah berani untuk mendapatkan khidmat Erling Haaland bagi sepanjang tempoh Piala Dunia di Qatar.

Norway gagal melayakkan diri ke pusingan akhir dan kelab Inggeris itu membuat tawaran untuk mendapatkan pemain bintang itu dalam tempoh sekurang-kurangnya 28 hari.

Kenyataan kelab Inggeris itu menyebut: “Ashton United mengesahkan kelab ini sudah mengemukakan permohonan untuk meminjam penyerang Manchester City, Erling Haaland bagi tempoh 28 hari.

“Disebabkan juara Liga Perdana Inggeris tidak beraksi sehingga akhir Disember kerana Piala Dunia FIFA 2022, The Robins menghubungi jiran kami di Etihad untuk membantu mengekalkan tahap kecergasan Haaland apatah lagi dia tidak beraksi di Qatar.



“Lebih bagus daripada dia bermain golf selama enam minggu.”

“Ia sesuatu yang wajar,” jelas pengurus Michael Clegg. “City tidak beraksi dan kami mahu membantu dengan memastikan Erling kekal cergas, ia lebih baik berbanding dia bermain golf selama enam minggu.

“Kami fikir dia boleh menyesuaikan diri dengan pantas dalam pasukan kami,” katanya.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker