Khalid ibarat ‘najis’ di Titiwangsa



CALON Pakatan Harapan (PH), Khalid Abdul Samad menerima kritikan secara berdepan oleh penduduk Kampung Baru berkaitan isu penjualan tanah.

 

Oleh Azrin Muhammad

SHAH ALAM – Setelah gagal selama tiga penggal, cubaan Khalid Abdul Samad untuk bertanding di Parlimen Titiwangsa dilihat hambar apabila penduduk setempat tidak mempedulikan kehadirannya.

Jangan kata bersalaman, orang ramai juga tidak sudi menerima risalah yang diedarkan sendiri oleh calon Pakatan Harapan (PH) itu ketika berkempen di beberapa lokasi termasuk Pasar Chow Kit dan Kampung Baru.



Baru-baru ini, tular beberapa video yang menunjukkan Khalid diherdik penduduk setempat ekoran sikap buruknya ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan sepanjang 22 bulan.

Isu yang dibangkitkan dalam video berkenaan adalah berkaitan tawaran pembelian tanah di Kampung Baru pada kadar rendah oleh Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah.

Rata-rata penduduk Kampung Baru sangat berkecil hati dengan kenyataan Khalid sebelum ini yang mengatakan tanah itu tidak akan dibeli pada harga tinggi sehingga pemilik tanah masuk kubur.

Kelemahan memimpin dan kelancangan mulutnya telah membuatkan Khalid tidak diterima pengundi di kawasan berkenaan dan ini semakin jelas dilihat sepanjang musim berkempen.



Keyakinan Khalid juga sudah tentu merudum dan beliau bakal ‘disembelih’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan berlangsung Sabtu ini.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker