Lloris tak akan pakai lilitan pelangi

LONDON: Kapten Perancis, Hugo Lloris menegaskan dia tidak akan memakai lilitan pelangi di lengan bagi menyertai kempen tiada diskriminasi pada Piala Dunia di Qatar.

Warna pelangi dikaitkan dengan komuniti LGBT, masyarakat yang ditentang hebat oleh tuan rumah.

Namun penjaga gol itu berkata: “Sebelum kita memulakan apa sahaja, kita perlukan persetujuan FIFA, perjanjian dengan persekutuan (Perancis).



“Sudah tentu, saya ada pandangan peribadi mengenai topik itu. Dan ia agak dekat dengan presiden (persekutuan).”

Presiden Persekutuan Bolasepak Perancis, Noël Le Graët, sebelum ini berkata dia lebih suka pemain tidak memakainya untuk menghormati kepercayaan rakyat tempatan.

Lloris menambah: “Apabila kita berada di Perancis, dan menyambut kedatangan orang luar, kita sentiasa mahu mereka mengikut undang-undang kita, hormat budaya kita, dan saya akan lakukan perkara sama ketika saya ke Qatar, ia semudah itu.

“Saya tidak boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan idea mereka, tapi saya perlu tunjukkan rasa hormat.”



Kehangatan kejohanan berkenaan yang akan membuka tirai 20 November ini, dibayangi isu sosial yang menyelubungi negara Islam itu dalam aspek rekod hak asasi manusia dan hukuman terhadap golongan LGBT.

Ribuan migran didakwa terbunuh ketika membangunkan infrastruktur Piala Dunia di Qatar.

Selain itu homoseksual juga diharamkan di negara berkenaan.

AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button