Messi enggan dabik dada

BUENOS AIRES: Lionel Messi berhati-hati dengan peluang Argentina di Piala Dunia ketika dia bersedia mengetuai pasukan itu mencari mahkota dalam kariernya gemilangnya untuk dijulang di Qatar.

Pasukan Amerika Selatan itu sudah menang dua kali trofi berkenaan – pada 1978 dan 1986 – dengan Messi bergelar pasukan yang kalah pada final 2014.

“Kami sangat teruja,” kata Messi dalam temubual dengan Persekutuan Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL).



“Kami ada kumpulan pemain yang sangat bagus dan begitu tidak sabar, tapi kami merasakan perlu selangkah demi selangkah. Kami tahu kumpulan Piala Dunia bukanlah mudah.”

Argentina akan menentang Arab Saudi pada aksi pembukaan Kumpulan C pada 22 November yang turut disertai Mexico dan Poland.

Mereka bermain pada aksi persahabatan terakhir di Abu Dhabi berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE), hari ini.

“Kami harap dapat memulakan Piala Dunia sebaik mungkin untuk berdepan apa sahaja yang datang selepas itu,” kata Messi yang menyertai keseluruhan skuad di Abu Dhabi Isnin lalu.



Penyerang Paris Saint-Germain itu menyatakan mengenai kekuatan pasukan diketuai Lionel Scaloni dan kelebihan memiliki skuad yang sudah mencipta kejayaan dalam Copa America tahun lalu.

“Lebih banyak anda bermain dan lebih banyak masa anda habiskan di padang, lebih lama anda mengenali satu sama lain.

“Kami mengenali perwatakan satu sama lain dan apa yang terbaik untuk setiap aksi,” katanya.

Penyerang itu berkata dia meragui akan ada kejutan di Piala Dunia.



“Pada bila-bila masa kita bercakap mengenai calon juara, kita sentiasa bercakap mengenai pasukan yang sama.

“Jika saya perlu memberi calon berbanding pasukan lain, saya rasa Brazil, Perancis dan England lebih sedikit berbanding yang lain.

“Tapi Piala Dunia sangat sukar dan sangat rumit kerana apa sahaja boleh berlaku,” tambahnya.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button