MoU PH Dan PN Untuk Membentuk Kerajaan Perikatan Harapan Selepas PRU 15

MoU PH Dan PN Untuk Membentuk Kerajaan Perikatan Harapan Selepas PRU 15

MoU PH Dan PN Untuk Membentuk Kerajaan Perikatan Harapan Selepas PRU 15

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, mengapa secara tiba-tiba Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan PN sedia bergabung dengan BN selepas PRU 15.

Baca di sini:



https://www.malaysiakini.com/news/644164

Selepas berita itu tular dan menjadi gempar di kalangan ahli dan penyokong PAS, Pengerusi PN, Muhyiddin Yasin menafikan kenyataan Takiyuddin.

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pru15-tak-pernah-beri-mandat-kepada-takiyuddin-runding-dengan-bn-bentuk-kerajaan-muhyiddin-391669



Tidak lama selepas itu, Takiyuddin menyanggah kembali kenyataan Muhyiddin dengan nada yang lebih tegas dan jelas.

Takiyuddin menjelaskan maksud beliau bukan PN yang akan berkerjasama dengan BN, tetapi PAS sedia berkerjasama dengan BN.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/231351/berita/politik/bukan-pn-tapi-pas-sedia-gabung-bn-takiyuddin



Persoalannya, mengapa PAS secara tiba-tiba mahu berkerjasama dengan UMNO walau pun sebelum ini mereka menolak di dalam PRN Melaka dan PRN Johor?

Apa Sebenar Yang Berlaku?

MoU PH Dan PN Untuk Membentuk Kerajaan Perikatan Harapan Selepas PRU 15

Ramai yang tidak menyedari, sebenarnya MoU antara Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan sudah dipersetujui untuk membentuk Perikatan Harapan selepas PRU 15.

Lihat di sini:



MOU Perikatan Harapan

Matlamat utama pembentukan Perikatan Harapan adalah untuk menghalang pembentukan kerajaan Barisan Nasional bersama GPS dan GRS.

Perbincangan kini di peringkat persetujuan akhir untuk mengatasi beberapa masalah yang belum dapat diselesaikan.

Antaranya:



  • Keputusan PAS yang tidak bersetuju untuk membentuk sebarang kerjasama dengan DAP dan PAN
  • Keengganan DAP dan PAN untuk berkerjasama dengan PAS

Muhyiddin sedang berusaha untuk memujuk PAS supaya bersetuju menyertai Perikatan Harapan manakala Anwar pula sedang cuba memujuk DAP.

Anwar juga dikatakan sedang berusaha untuk memujuk GPS dan GRS supaya bersetuju kerana tanpa sokongan mereka, apa yang sedang diusahakan tidak akan berjaya.

Jawatankuasa perunding dilaporkan sudah beberapa kali bertemu di mana PN diwakili oleh Muhyiddin, Hamzah Zainuddin dan Marzuki Mohamad.

Dan PH diwakili oleh Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution dan Johari Abdul.



Persoalan yang paling menarik adalah, siapakah pula yang akan menjadi perdana menteri sekiranya Perikatan Harapan berjaya menguasai Putrajaya?

Sudah pasti perebutan akan berlaku antara Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yasin.

Pastinya kestabilan politik yang menyebabkan keruntuhan ekonomi negara sejak 2018 akan berulang kembali.

Pada 19 November 2022 ini, rakyat sekali lagi akan menentukan kepada siapa mandat akan diberikan.

Apakah mandat sekali lagi akan diberikan kepada parti dan pemimpin yang hanya mempunyai matlamat untuk menjadi perdana menteri?

Atau rakyat akan berikan kepada parti yang beriltizam untuk mengembalikan kestabilan dan kemakmuran negara.

 

MoU PH Dan PN Untuk Membentuk Kerajaan Perikatan Harapan Selepas PRU 15

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button