Nurul Izzah Di Jangka Tumbang Di Permatang Pauh

Nurul Izzah Di Jangka Tumbang Di Permatang Pauh

Cukuplah sekali di tipu…

Pengundi di parlimen Permatang Pauh sudah bosan dengan sikap bekas ahli parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah binti Anwar Ibrahim.

Bagi mereka, selama 2 penggal menjadi ahli parlimen Permatang Pauh, tidak ada sebarang pembangunan yang telah di bawa oleh Nurul Izzah.

Mereka memahami sekiranya dalam penggal yang pertama menjadi ahli parlimen di sana Nurul Izzah tidak cukup waktu untuk membangunkan parlimen Permatang Pauh.

Lagi pun ketika kali pertama menjadi ahli parlimen Permatang Pauh, kerajaan negeri tidak sealiran dengan kerajaan pusat.

Kerajaan negeri pada tahun 2013 dikuasai oleh DAP, manakala kerajaan pusat ketika itu dikuasai oleh Barisan Nasional.

Namun selepas Pakatan Harapan menguasai kerajaan pusat dan juga kerajaan negeri Pulau Pinang, tidak ada sebab mengapa Nurul Izzah masih gagal membangunkan Permatang Pauh.

Bagi penduduk di Permatang Pauh, Nurul Izzah sebenarnya layak dinamakan sebagai calon pelakon handalan.

Ini kerana sikap beliau yang berpura-pura dan hanya mula mesra rakyat ketika musim pilihanraya tiba.

Tetapi sebaik sahaja mendapat mandat, Nurul Izzah akan hilang di Kuala Lumpur dan hanya akan kembali lagi ketika musim pilihanraya.

Bagi mereka, cukuplah dengan segala lakonan murahan Nurul Izzah.

Kini mereka sudah nekad untuk menumbangkan Nurul Izzah di Permatang Pauh dalam PRU 15.

 

Nurul Izzah Di Jangka Tumbang Di Permatang Pauh

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker