Perjanjian ‘Perikatan Harapan’ terbongkar, rakyat kena tipu

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Perjanjian 'Perikatan Harapan' terbongkar, rakyat kena tipu

Rakyat bakal kena tipu lagi sekali apabila Perjanjian ‘Perikatan Harapan’ direalisasikan apabla semua parti dijangka tidak memperolehi majoriti.

Ini berikutan tersebar satu dokumen Perjanjian Perikatan Nasional di media sosial.

Objektif utama dalam perjanjian tersebut ialah untuk menghalang pembentukan kerajaan Barisan Nasional bersama GPS dan GRS pada 19 November ini.



Berbaki 72 jam, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional semakin terdesak bagi menghalang BN kembali menerajui Putrajaya selepas mereka (PH & PN) membuat pelbagai onar di peringkat nasional sepanjang tempoh 2018-2021.

Perjanjian 'Perikatan Harapan' terbongkar, rakyat kena tipu

PAS sepertimana diketahui umum merupakan sekutu bersama PPBM dalam PN namun mereka enggan sebarang kerjasama dengan DAP dalam PH. Mengikut Perjanjian, masalah berbangkit berkaitan PAS akan diuruskan oleh Presiden PPBM bagi memujuk mereka untuk menerima kerjasama tersebut.

Manakala bagi Pakatan Harapan pula, cadangan membentuk kerjasama akan dibawa oleh Anwar Ibrahim ke Majlis Presiden PH bagi memujuk sekutu dalam Pakatan Harapan.

Perjanjian 'Perikatan Harapan' terbongkar, rakyat kena tipu

Mengganggarkan BN menguasai 40% kerusi dalam PRU15, majoriti mudah membentuk kerajaan agak mustahil berlaku tanpa sokongan dari lain-lain parti. Namun demikian, sekiranya WARISAN secara sendirian menyatakan sokongan kepada BN, maka gabungan PH & PN akan gagal menggugat BN dari membentuk kerajaan di Putrajaya.



  • 40% – BN
  • 10% – GPS
  • 7%   – GRS
  • WARISAN – 3%

Manakala PH dan PN pula ialah 

  • Pakatan Harapan – 23%
  • Perikatan Nasional – 16%
  • MUDA -1%

Perkiraan ini menggusarkan PH dan PN yang perlu memikirkan bagaimana mahu menghalang BN kembali menjadi Kerajaan pada 20 November ini.

Untuk itu, satu bentuk kerjasama sangat penting dilakukan pada kadar segera oleh PH dan PN tanpa menyebabkan PAS menarik diri dari gabungan tersebut. Sekiranya PAS berkeras dan menarik diri dari PN, keseluruhan rundingan Perjanjian akan menemui jalan buntu.

Rakyat perlu memikirkan pembentukan sebuah kerajaan yang benar-benar stabil bagi menjamin negara kembali pulih dari semua masalah yang ditinggalkan PH dan PN selama mereka menguasai Putrajaya.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker