PN goyah, PAS mula buat perangai

WALAUPUN tidak diberi mandat, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendedahkan partinya akan bergabung dengan Barisan Nasional.

 

Oleh Azrin Muhammad



SHAH ALAM – Tindakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendedahkan partinya akan bergabung dengan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menunjukkan Perikatan Nasional (PN) berada dalam keadaan goyah.

Sekiranya PN benar-benar kukuh dan tidak membelakangkan PAS, tidak mungkin Takiyuddin berbuat sedemikian terutamanya dalam tempoh kempen yang berbaki beberapa hari lagi.

Tidak dinafikan PAS mempunyai banyak rekod ‘merajuk’ sebelum ini tetapi kali ini lebih mendalam sehingga pemimpin parti lain turut menggelabah termasuk Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setakat ini masih tidak dapat dipastikan apakah yang sebenarnya berlaku dalam PN sehingga PAS berani membuat pendedahan berani berkenaan.



Walaubagaimanapun, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan pihaknya telah memberi mandat kepada Takiyuddin untuk berunding dengan pemimpin BN.

Namun Muhyiddin tidak mengulas lanjut mengenai sebarang pergolakan yang berlaku antara PAS, Bersatu, Gerakan, STAR dan juga SAPP.

Jika ia benar-benar berlaku, sangkaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob minggu lalu sangat tepat yang mengatakan Bersatu sangat dominan dalam PN dan hanya memperalatkan PAS untuk meraih undi.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button