Ringgit teruskan trend peningkatan

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus meningkat pagi ini, dibuka agak tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) didorong oleh petunjuk positif dalam langkah dasar China.

Penganalisis berkata, ini termasuk peralihan negara itu ke arah ‘hidup dengan COVID-19’ dan langkah hartanah baharu untuk membantu sektor perumahannya yang masih terkekang.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.5345/5400 berbanding dolar AS daripada penutupan selasa pada 4.5390/5465.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata langkah hartanah yang diambil itu akan menyokong melonjakkan harga komoditi dan memandangkan Malaysia merupakan pengeksport yang berminat untuk mengeksport ke China, ini akan membantu ringgit melalui syarat perdagangan yang lebih baik.



Sementara itu, peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata dolar AS terus menyusut nilai berbanding ringgit dan ini dilihat sebagai pembetulan semula jadi selepas kenaikan yang ketara sejak dua tahun lalu.

Mata wang AS telah turun sebanyak 4.6 peratus sejak 4 November, penurunan terbesar sejak Januari 2016m berikutan pengeluaran data Indeks Harga Pengeluar (IHP) AS yang berada di bawah jangkaan iaitu pada lapan peratus berbanding unjuran sebanyak 8.3 peratus, katanya.

“IHP mengukur kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang digunakan oleh syarikat untuk membuat produk mereka, dan IHP yang lebih rendah menunjukkan tanda deflasi, yang mungkin menyebabkan Rizab Persekutuan (Fed) AS meredakan kadar kenaikan kadar faedah.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding pound British.



Ringgit menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2512/2556 daripada 3.2573/2629 pada hari Selasa dan mengukuh berbanding euro menjadi 4.6900/6957 daripada 4.7242/7320 semalam.

Mata wang tempatan turut naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3048/3093 daripada 3.3194/3252 pada penutup Selasa, tetapi merosot berbanding pound Britain kepada 5.3747/3813 daripada 5.3678/3767 sebelumnya.

BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker