Ditipu love scam, wanita rugi RM37,000

 

Seorang wanita dari Bandar Seri Jempol di sini, kerugian RM37,330 selepas menjadi mangsa penipuan Love Scam seorang lelaki dikenali menerusi laman Linkedln pada 13 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook, berkata mangsa berusia 37 tahun yang bekerja sebagai ejen broker sebelum itu berkenalan dengan lelaki dikenali sebagai Ali Rahman di laman sosial berkenaan.

 



Katanya, selepas itu mangsa kerap berhubung dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp dan berkongsi pengalaman hidup serta isu berkaitan kejuruteraan.

“Pada 14 April lalu, suspek memberitahu mangsa mengenai bayaran baki akhir bagi kerja kontrak sebuah syarikat dari Turki berjumlah AS$850,000 dan kononnya meletakkan nama mangsa sebagai penerima manfaat.

“Suspek menyatakan bayaran akan dibuat melalui sebuah syarikat Unisys Security Agency Company dari United Kingdom dan meminta mangsa menghubungi ejen syarikat di negara itu bagi menuntut baki bayaran kontrak berkenaan.

 



“Selepas itu, mangsa dihubungi ejen syarikat terbabit dan meminta mangsa membuat sejumlah pembayaran termasuk bayaran insurans, duti setem Bank Negara Malaysia (BNM) dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Chang Hook berkata, mangsa melakukan lapan transaksi pembayaran ke enam akaun berbeza berjumlah RM37,330.

Katanya, mangsa yang mengesyaki ditipu kemudian datang membuat laporan di Balai Polis Bahau selepas masih diminta membuat pembayaran tuntutan berkenaan.

“Semakan menerusi sistem rekod jenayah komersial mendapati akaun digunakan suspek ada rekod sejak Mei lalu bagi jenayah penipuan.

“Polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

bh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker