Sokongan Pengundi India Terhadap BN Masjid Tanah Semakin Meningkat

Sokongan Pengundi India Terhadap BN Semakin Meningkat

Mungkin kerana sudah serik dengan pengalaman berada di bawah pentadbiran Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, sokongan pengundi bukan Melayu kini mula kembali kepada Barisan Nasional.

Dari tinjuan penulis di lapangan, beberapa orang pengundi bukan Melayu di parlimen Masjid Tanah.

Ganesh, seorang anak muda berbangsa India yang hadir di dalam program kempen calon parlimen Masjid Tanah, Abdul Hakim, menyatakan sokongan terbuka kepada Barisan Nasional.

Beliau juga menyeru rakan-rakan beliau yang masih lagi tidak tahu mengundi parti mana agar mengundi Barisan Nasional pada 19 November ini.

Manakala seorang pengundi berbangsa India yang lain, Vijaya, mengakui sebelum ini beliau jarang menghadiri program mana-mana parti politik.

Segalanya untuk memastikan penderitaan hidup selama 22 bulan di bawah PH dan 17 bulan di bawah pemerintahan PN dari berulang.

Beliau bertekad untuk memberikan mandat kepada Barisan Nasionaal dalam PRU 15.

Vijaya menyeru kepada anak muda terutamanya yang berbangsa India supaya tidak lagi mengambil sikap mahu mencuba.

Jangan lagi membuat kesilapan sebagaimana yang dilakukan dalam PRU 14.

Beliau juga mengingatkan anak muda bahawa pilihanraya bukanlah medan untuk membuat eksperimen.

Beliau berharap agar calon Barisan Nasional parlimen Masjid Tanah, diberikan mandat untuk mewakili rakyat Masjid Tanah untuk penggal ke 15.

Untuk rekod, engundi India hanya mewakili 3.66% dari keseluruhan pengundi di parlimen Masjid Tanah.

Namun ianya mampu memberikan impak kepada keputusan akhir pengiraan undi.

 

Sokongan Pengundi India Terhadap BN Semakin Meningkat

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker