SPRM ambil dokumen di pejabat Rafizi



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah hadir dan mengambil beberapa dokumen di pejabat Invoke Solutions Sdn Bhd, milik Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, semalam.

Sumber berkata, ia bagi membantu siasatan terhadap dakwaan pemilikan aset yang diumumkan Rafizi, minggu lalu.

“Tiada serbuan sebaliknya siasatan biasa,” katanya kepada BH, di sini hari.

Semalam Rafizi dalam ucapannya berkata syarikatnya, Invoke Solutions Sdn Bhd diserbu SPRM dan turut mendakwa kakitangan ditahan selama tujuh jam.



BH minggu lalu melaporkan SPRM membuka kertas siasatan berhubung perisytiharan harta yang dilakukan calon Parlimen Pandan.

Ini berikutan, satu laporan dilakukan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung perisytiharan Rafizi.

Pada 2 November lalu, Rafizi tampil mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih RM18.85 juta dan mendakwa tidak memerlukan dana awam untuk menjadikan dirinya kaya.

Beliau berkata pengisytiharan harta dibuat mengikut Akta Akuan Berkanun 1960 susulan syarat PKR supaya calon yang bertanding pada pilihan raya umum ke-15 untuk berbuat demikian.



BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker