Banjir tidak tersenarai dalam misi PN



DR. Afif Bahardin memperkenalkan lima misi baharu Perikatan Nasional (PN) untuk warga Shah Alam tetapi terlepas pandang menyenaraikan isu banjir.

 

Oleh Azrin Muhammad

SHAH ALAM – Tidak mempunyai misi konsisten, Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Shah Alam semakin mengarut apabila memberi fokus kepada isu baharu tanpa memberi harapan mengenai masalah lapuk yang masih tertangguh.

Semakin dekat dengan hari membuang undi, calonnya, Dr. Afif Bahardin semakin banyak menabur janji baharu sehingga menenggelamkan masalah sedia ada terutamanya isu banjir yang melibatkan hampir seluruh penduduk Shah Alam.



Menjelang penghujung tempoh berkempen, Afif hanya memberi fokus lima perkara iaitu Sihat; Future Proof; Cun; Smart serta Kreatif menggunakan tanda pagar #shahalamKITA bagi memancing undi.

Agak menghairankan kerana isu banjir sering diperkatakan olehnya ketika peringkat awal berkempen tetapi masalah bencana berkenaan semakin ditinggalkan sejak Shah Alam tidak mengalami banjir buat beberapa hari kebelakangan ini.

Kelicikan Afif mudah dihidu kerana beliau hanya acah-acah prihatin terhadap permasalahan banjir dan segera memperkenalkan misi baharu untuk mengaburi mata lebih 167,000 pengundi sekitar Shah Alam.

Pengundi Shah Alam perlu berhati-hati dengan pemain politik seperti Afif yang dilihat berpura-pura cakna dengan permasalahan semasa agar tidak diabaikan sepanjang penggal depan.



Tidak keterlaluan jika kita berpandangan ideologi ‘impian, cita-cita dan masa hadapan’ yang diperjuangkan Afif akan turut serta hanyut dalam kejadian banjir akan datang.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker