Siapa pengganti Muhyiddin dalam BERSATU?

Oleh – Bakhtiar Omar


Siapa pengganti Muhyiddin dalam BERSATU?

Kedudukan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka bakal tergugat sekiranya beliau gagal mengenepikan dakwaan menerima suapan berjumlah RM232.5 juta.

Timbalan Presiden, Dato Seri Faizal Azumu pula dilihat sebagai seorang yang lemah dan tidak mempunyai pengaruh dan cengkaman kuat terhadap akar umbi BERSATU itu sendiri.

Beliau dilihat lebih bergantung kepada bekas Pengerusi BERSATU, Tun Mahathir dan Mukhriz bagi mencari pengaruh. Karektor Faizal sendiri tidak memberi keyakinan untuk akar umbi meletakkan harapan kepadanya menggantikan Muhyiddin Yassin kelak.



AZMIN ALI ‘KATAK’ PALING UNTUNG DALAM BERSATU

Azmin Ali, satu watak yang hanya berpaut kepada ‘perintah’ Muhyiddin juga tidak mempunyai kekuatan tersendiri apatah lagi selepas gagal mempertahankan kerusi Parlimen Gombak pada PRU15.

Kalah kepada Menteri Besar Selangor memberi isyarat jelas, Azmin sudah hilang pengaruh dalam politik tanahair. Beliau juga menyatakan enggan bertanding pada PRN namun maklumat ‘bocor’ mengenai hasratnya bertanding di Morib namun terpaksa ditukar ke Kuang kerana mahu sokongan pengundi Melayu.

Hamzah Zainudin, Setiausaha Agung BERSATU dikatakan mempunyai karektor yang diperlukan parti sekiranya Muhyiddin terpaksa berundur. Dikenali sebagai ‘Operator’, Hamzah lebih mempunyai keyakinan untuk mengambil alih kedudukan Muhyiddin.

Raut wajah tegas dan senyuman licik yang dipamerkan Hamzah sudah cukup memberi gambaran, beliau lebih layak menggantikan Muhyiddin satu masa nanti.



Namun demikian, segalanya boleh berubah sekiranya Mahathir dan Mukhriz kembali ke BERSATU untuk bekerjasama pada PRN ini.

PROKLAMASI MELAYU HANYA ALAT ‘MEMBODOHKAN’ PENGUNDI MELAYU

Percaturan Proklamasi Melayu mampu mengubah kedudukan jawatan siapa sahaja dalam BERSATU sekiranya mereka mahu memenangi PRN kali ini.

Sebagaimana yang diketahui, bekerjasama dengan Mahathir datang bersama risiko dan bagi BERSATU apa sahaja akan mereka lakukan untuk menang. 

Dikatakan Kedah merupakan medan ujikaji kerjasama Mahathir, Mukhriz dan BERSATU (Perikatan Nasional) pada PRN ini.

Yang penting, perkiraan untuk menukar kerajaan pusat dapat dilakukan pada Ogos. Mungkinkah perkiraan ini digunakan bagi menyelamatkan Muhyiddin dari terus menjadi Kluster Mahkamah?

MUHYIDDIN DIDAKWA DI MAHKAMAH

Muhyiddin, sebagai Perdana Menteri (ketika itu) dan Presiden Bersatu, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat, Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti tersebut.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Muhyiddin turut berdepan pertuduhan menerima wang dari hasil aktiviti haram berjumlah RM195juta dari Bukhary Equity yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker