Kehadiran Isham Jalil disenangi ramai

ISHAM Jalil mengedarkan risalah kempen kepada peniaga dan pengunjung Pasar Malam Seksyen 24, Shah Alam, semalam.

Oleh Rohana Man

 

SHAH ALAM – Sesi walkabout calon Barisan Nasional (BN) P108 Parlimen Shah Alam, Isham Jalil di Pasar Malam Seksyen 24 dekat sini petang semalam, mendapat sambutan yang sangat mengujakan.

Rata-rata peniaga dan pengunjung pasar malam kenal Isham sebagai calon No 3 Parlimen Shah Alam.

Setiap kali menghulurkan tangan untuk bersalam dengan peniaga dan pengunjung lelaki, tidak ada satupun yang menolak.

Malah risalah kempen yang diedarkan juga diterima baik mereka.

“Selamat berjaya, semoga terpilih,” kata seorang peniaga wanita sambil menunjukkan tanda bagus.

Dalam kesesakan menempuh pengunjung yang semakin ramai membanjiri pasar malam di laluan yang agak sempit, penulis terdengar seorang pak cik berkata: “Handsome…,” katanya ketika berselisih bahu dengan Isham.

Setelah 12 hari mengikuti sesi walkabout Isham sepanjang berkempen, apa yang penulis perhatikan adalah kehadiran beliau dialu-alukan, diterima dan disambut baik orang ramai daripada pelbagai kaum.

Di beberapa lokasi sesi walkabout terutama di restoran, ramai pengunjung mahu merakamkan gambar dengannya secara swafoto (selfie).

Walaupun kelihatan penat kerana kempen sudah memasuki hari ke-12 dan kempen pula bermula sejak awal pagi hingga tengah malam pada setiap hari, namun Isham tetap melayan permintaan orang ramai yang mahu berswafoto dengannya.

Apa yang diharapkan adalah penerimaan orang ramai yang sangat memberangsangkan ini dapat diterjemahkan dalam bentuk undi kepada calon BN P108 Parlimen Shah Alam ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker