Calon BN dan PN bertembung ketika Flash Mob di Pekan Masjid Tanah

Penyokong BN dan PN sama-sama menarik sokongan orang ramai di persimpangan lampu isyarat di depan Klinik Kesihatan Masjid Tanah petang tadi.

MASJID TANAH – Hari terakhir kempen sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 menyaksikan satu peristiwa lain dari yang lain berlaku di kawasan Parlimen P. 134 Masjid Tanah apabila penyokong Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) mengadakan flash mob secara bersama.

Flash mob itu berlaku di satu persimpangan lampu isyarat di hadapan Klinik Kesihatan Masjid Tanah.

Ia bermula kira-kira pukul 5 petang pada awalnya oleh para penyokong BN mengangkat kad tertulis kata-kata menyokong BN mengajak para pengguna jalan raya membunyikan hon jika melintasi kawasan berkenaan.

Lama kelamaan, penyokong PN yang sebelum itu bergerak menggunakan sebuah kenderaan pick up kemudian datang dan turut serta mengadakan flash mob di lokasi sama.



Keadaan semakin meriah dengan semakin ramai para penyokong kedua-dua parti hadir dan turut serta.

Kawasan Parlimen Masjid Tanah memperlihatkan pertembungan empat penjuru antara BN, PN, Pakatan Harapan dengan parti Muda dan Gerakan Tanah Air dengan parti Pejuang.

Tidak lama kemudian kedua-dua calon dari BN dan PN iaitu dari BN Abdul Hakim Abdul Wahid dan dari PN Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut sama menarik sokongan orang ramai.

Mereka juga dilihat beramah mesra dan berbual seketika bersama-sama penyokong masing-masing.



Esok adalah hari mengundi bagi PRU15 untuk rakyat memberikan mandat baharu kepada kerajaan yang akan mentadbir Malaysia selama lima tahun selepas ini.

Dua calon lain bertanding bagi Parlimen Masjid Tanah ialah Mutalib Uthman dari parti Muda dan Handrawirawan Abu Bakar dari GTA.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker