China mula longgarkan peraturan Covid-19

China mula longgarkan peraturan Covid-19
PENDUDUK melakukan ujian asid nukleik bagi mengesan jangkitan Covid-19 di Wuhan, wilayah Hubei, China. – AFP

China mula longgarkan peraturan Covid-19

BEIJING: Beberapa bandar utama di China membatalkan ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran yang diadakan setiap minggu.

Tindakan itu dibuat beberapa hari selepas Beijing mengumumkan kelonggaran peraturan Covid-19.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC) pada Jumaat lalu mengeluarkan 20 peraturan untuk mengawal penularan virus maut itu dengan sejumlah daripadanya dilonggarkan untuk memulihkan semula ekonomi dan sosial negara ini.

China merekodkan lebih 20,000 jangkitan baharu hari ini, iaitu yang tertinggi sejak April lalu dengan kebanyakan kes berlaku di bandar Guangzhoud dan Chongqing.

Rutin ujian saringan Covid-19 dijadikan sebagai kaedah utama dalam mengesan penularan koronavirus dengan bandar seperti Beijing dan Shanghai meminta penduduknya menunjukkan keputusan ujian dalam tempoh 72 jam untuk memasuki tempat awam dan menggunakan pengangkutan awam.

Namun, langkah itu dibantah ramai penduduk yang menyifatkannya sebagai buang masa kerana perlu beratur panjang. – AFP

China mula longgarkan peraturan Covid-19


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rakyat Bukan Melayu Mahu Pakatan Harapan Kurangkan Bercakap, Tumpu Usaha Selesaikan Masalah

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker