Mantan Ketua Srikandi PPBM Melaka Akui PPBM Tidak Mampu Saingi BN Dalam PRU 15



Mantan Ketua Srikandi PPBM Melaka Akui PPBM Tidak Mampu Saingi BN Dalam PRU 15

Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula parti yang selama ini beliau pertahankan bersama-sama rakan atas nama perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.

Namun setelah berkorban tenaga, jiwa dan raga, akhirnya mantan Ketua Srikandi PPBM Melaka, Azalina Abdul Rahman, terpaksa mengambil keputusan yang amat sukar.

Apabila menyedari bahawa perjuangan beliau selama ini adalah sia-sia, Azalina akhirnya mengambil keputusan nekad untuk meninggalkan PPBM.



Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1021346/pru15-ketua-srikandi-bersatu-melaka-keluar-parti

Alasan utama Azalina meninggalkan PPBM walau pun beliau berada di atas landasan yang betul dalm pendakian karier politik beliau adalah sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PPBM.

Bagi Azalina, PPBM adalah sebuah parti yang terlalu banyak melaungkan retorik.



Tetapi tidak ada komitmen yang jelas untuk mengotakan apa yang dikata.

Beliau turut mendedahkan, PPBM kononnya selama ini lantang melaungkan untuk memberi ruang dan peluang kepada anak muda.

Tetapi realitinya, anak muda tidak diberikan ruang untuk bersuara.

Azalina juga memberitahu, PPBM juga dilihat bersikap seperti kera di hutan disusukan, tetapi anak ndi rumah mati tak makan.



PAS diberikan ruang untuk meletakkan calon mereka di kerusi selamat, tetapi hak ahli sendiri dinafikan.

Beliau berpendapat, tindakan kepimpinan PPBM itu ibarat akan membuatkan PPBM semaik lemah.

Dan besar kemungkinan PPBM hanya akan menjadi sejarah selepas PRU 15.

Apabila ditanya apakah beliau rasa PPBM mampu memberikan saingan kepada BN dalam PRU 15?



Dengan tegas dan pantas beliau menjawab PPBM tidak akan mampu bersaing dengan BN dalam PRU 15.

Kepada pengundi semua, terutamanya pengundi di parlimen Masjid Tanah, sekiranya mantan orang kuat PPBM sendiri hilang keyakinan kepada PPBM, mengapa kita pula mahu memberikan sokongan?

 

Mantan Ketua Srikandi PPBM Melaka Akui PPBM Tidak Mampu Saingi BN Dalam PRU 15

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker