Nasi Goreng Cili Kering



Nasi Goreng Cili Kering

Nasi Goreng Cili Kering

Jom tengok Che Nom masak nasi goreng cili kering ataupun orang utara panggil nasi goreng cabai kering. Memang simple tapi itulah menu yang mengimbau kenangan dulu.

Kalau nak lebih authentic dari segi cara dan rasa kita kena tumbuk semua bahan-bahan menggunakan lesung batu, termasuk lah cili kering. Nanti bila goreng, akan nampak butiran kasar cili kering dan warna merah cili tu pun nmpk menyelerakan bila bergaul dengan nasi.

Dulu-dulu rumah kawan Che Nom, mak dia memang suka masa nasi goreng mcm ni, dan kami akan makan dengan kopi O kampung. Sedap sangat.

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan nasi goreng cili kering:
    • 3 biji bawang merah kecil
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 sb ikan bilis (tumbuk)
    • 1 inci belacan
    • 10 tangkai cili kering
    • 1 sk garam
    • 3-4 cawan nasi
    • 2 biji telur
    • Kacang panjang
    • 2 sk serbuk seasoning
    • Minyak secukupnya
    • Telur goreng
    • Timun

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk nasi goreng cili kering:
    1. Potong kasar bawang merah dan bawang putih.
    2. Gunting cili kering, rendam dalam air panas kemudian bilas dengan air dan tapis kering.
    3. Bilas ikan bilis dan tos kering.
    4. Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belacan (boleh ganti pati ikan bilis kalau alergik belacan). Keluarkan dan ketepikan.
    5. Tumbuk pulak cili kering dengan sedikit garam sampai halus.
    6. Potong kecil kacang panjang (size dadu).
    7. Goreng telur dan ikan bilis. Angkat dan ketepikan.
    8. Tumis bahan tumbuk dan kacau sampai garing
    9. Masukkan cili kering tumbuk dan masak sampai garing.
    10. Pecahkan telur, tolak bahan tumisan ketepi dan masukkan telur. Kacau sikit biar telur hancur (scramble egg).
    11. Masukkan nasi dan kacau sebati. Tekan- tekan nasi kalau masih berketul.
    12. Masukkan serbuk seasoning (pilihan) dan kacang panjang.
    13. Besarkan api dan kerap kacau sampai nasi garing.
    14. Angkat dan hidang bersama ikan bilis goreng, telur goreng dan timun.

Tip:

  • Selepas bilas ikan bilis, pastikan tos kering, supaya ikan bilis senang garing bila goreng nanti.
  • Masuk kacang panjang masa hujung-hujung (proses goreng nasi) untuk kekalkan kerangupan kacang panjang.

Nasi Ayam Penyet Sangat Sedap


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rakyat Bukan Melayu Mahu Pakatan Harapan Kurangkan Bercakap, Tumpu Usaha Selesaikan Masalah

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker