Sayu hati ibu Syamsul tengok dua cucu terpaksa lalui perjalanan hidup bersama Puteri Sarah

Sayu hati ibu Syamsul tengok dua cucu terpaksa lalui perjalanan hidup bersama Puteri Sarah

Sayu hati ibu Syamsul tengok dua cucu terpaksa lalui perjalanan hidup bersama Puteri Sarah
Datin Patimah bersama Datuk Yusof Haslam serta Syaikul dan Sumayyah.

IBU kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa sebak dan sedih apabila melihat dua cucunya terpaksa melalui perjalanan hidup mencabar bersama ibu mereka iaitu Puteri Sarah Liyana.

Sayu mengenangkan nasib cucu dan bekas menantunya itu, Patimah turut menitipkan doa agar Sarah serta Syaikul dan Sumayyah berada dalam keadaan baik-baik di bawah jagaan Allah SWT.

“Melihat Sumayyah membesar, hati terasa sayu.



“Ya Allah lindungilah mereka,” katanya menerusi satu hantaran di Instastory pada Sabtu.

Bersama luahan itu, dia turut memuat naik foto memaparkan Sumayyah sedang bergambar seorang diri.

Difahamkan, kini Sarah bersama dua anaknya itu sedang bercuti di Legoland, Johor.

Untuk rekod, Syamsul melafazkan talak di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.



Syamsul dan Puteri Sarah, 38, mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.

Kemelut rumah tangga pasangan itu berlarutan selepas Syamsul enggan melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah pada 18 April lalu selepas akters berkenaan memfailkan permohonan bercerai secara baik pada pertengahan Januari lalu.

Sayu hati ibu Syamsul tengok dua cucu terpaksa lalui perjalanan hidup bersama Puteri Sarah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button