PDRM terima laporan dua lelaki hina Nabi Muhammad

Kajang: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan menerima laporan berhubung video tular di media sosial membabitkan dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memulakan siasatan berhubung kes terbabit.

Katanya, proses pertama dalam siasatan itu adalah untuk mengenal pasti pelaku dalam video itu yang tular di media sosial, baru-baru ini.

“Saya sahkan PDRM ada terima laporan mengenai video tular berkenaan yang kini dalam radar pihak polis ketika ini.



“KDN pastinya akan memberi keutamaan kepada siasatan kes ini yang tentunya tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai satu rakaman video dua lelaki dipercayai menghina Nabi Muhammad yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Sambutan Hari Penjara ke-233 di Maktab Penjara Kajang, di sini, hari ini.

Rakaman video berdurasi 52 saat itu menunjukkan dua lelaki yang mendakwa Nabi Muhammad adalah Allah dan Allah adalah gelaran kepada baginda.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker