Shahrizat hadir beri sokongan moral

TAN Sri Shahrizat Abdul Jalil (kiri) turun padang bagi memberi sokongan moral kepada Isham Jalil di Shah Alam, hari ini.

Oleh Rohana Man

 

SHAH ALAM – Walaupun sudah lama tidak menyandang apa-apa jawatan dalam Pergerakan Wanita UMNO dan kerajaan, namun bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil ‘mencuri masa’ bertemu calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Beliau yang juga bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO dan Ahli Parlimen Lembah Pantai singgah di ibu negeri Selangor ini pada pagi tadi bagi memberi semangat kepada calon BN Parlimen Shah Alam, Isham Jalil yang bertanding kali pertama merebut kerusi Parlimen.



Tetap mesra dengan media seperti dahulu, Shahrizat yang enggan ditemubual ketika ditemui di lobi sebuah hotel, berkata:

“Tak payahlah interview saya. Cukup kalau dapat sebarkan bahawa Wanita UMNO turun padang membantu kempen calon BN yang bertanding,” katanya yang menolak dengan baik permintaan penulis yang mahu meminta pandangannya mengenai kempen dan peluang calon BN dalam PRU15.

Difahamkan, Shahrizat baru tiba dari Arau yang mana, beliau meluangkan masa bertemu calon di kawasan ‘panas’ Parlimen Arau, Datuk Rozabil Abd.Rahman.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker