Tanam semula pokok di Bukit Cerakah



ISHAM JALIL (tengah) melaungkan kata-kata “Selamatkan hutan simpan.Jangan gondol hutan Shah Alam” selepas sidang media di sebuah hotel di Shah Alam, hari ini.

Oleh Rohana Man

SHAH ALAM – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam, Isham Jalil berkata, projek pembangunan yang sedang rancak dijalankan di Hutan Simpan Bukit Cerakah boleh dihentikan melalui beberapa langkah.

Menjawab soalan MyTV Online, Isham berkata, ada beberapa langkah yang boleh dicadangkan untuk diambil tindakan bagi menghentikan projek pembangunan tersebut, sekali gus memulihara kelestarian hutan simpan berkenaan.



“Macam penggondolan hutan di Kedah dan Kelantan. Saya cadang tanam semula pokok di kawasan yang telah gondol dan ditarah.

“Bila kerajaan negeri (bukan kerajaan BN) tapi kerajaan lain tarah bukit.

“Saya tak nak sebut kerajaan mana. Menteri Besarnya cakap, tak perlu tanam semula hutan.

“Tunggu 30 tahun, nanti jadi hutan semula. Ini bukan penyelesaian.



“Sebab dalam tempoh 30 tahun, kalau hutan tak ditanam semula, selut akan masuk ke dalam sungai. Itu yang jadi banjir.

“Dia tak faham. Bila jadi macam ini, pertama kita kena hentikan kerja-kerja yang sedang dijalankan.

“Itu yang kita minta injunksi. Kita tanam semula supaya pokok-pokok baru yang tumbuh akan pegang tanah.

“Jadi, selut tak masuk ke sungai. Aliran sungai lancar dan tak jadi banjir.



“Ini yang kita boleh buat untuk melindungi hutan,”katanya pada sidang media mengenai Selamatkan Hutan Komuniti Bukit Cerakah di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari, wakil Persatuan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Abdul Razak Ismail dan Bendahari Persatuan Rimba Komuniti Shah Alam (SACF), Dr. Lim Teck Wyn.

Mengulas lanjut, sekiranya Isham diberi mandat menjadi Ahli Parlimen Shah Alam, beliau akan semak balik perkara melibatkan projek pembangunan yang telah diluluskan di hutan simpan berkenaan.

“Yang pertama, kita nak lihat unsur-unsur ekosistem itu, tahap pencemaran dan sebagainya.



“Yang kedua, kita nak tengok aspek undang-undang. Kalau ada unsur-unsur (element) laporan SPRM yang telah dibuat, kita akan tengok balik.

“Kalau projek itu ada salah guna kuasa atau rasuah, tak kan nak teruskan. Kena lihat dengan lebih terperinci (detail),” katanya.

Pada akhir sidang media, Isham bersama tetamu jemputan sempat melaungkan kata-kata: “Selamatkan hutan simpan. Jangan gondol hutan Shah Alam”.



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker