Abdul Hadi mendahului di Parlimen Marang

MARANG: Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendahului di Parlimen Marang dengan majoriti 3,392 undi setakat jam 8.20 malam.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu memperoleh 6,689 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman memperoleh 3,297 undi.

Dua lagi calon iaitu Pakatan Harapan (PH), Azhar Ab Shukur dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Dr Zarawi Sulong masing-masing memperoleh 275 undi dan 64 undi.

Setakat ini, sebanyak 23 daripada 233 peti diterima di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Majlis Daerah Marang di sini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Parlimen Marang menyaksikan pertandingan empat penjuru antara penyandangnya, Abdul Hadi yang ditentang calon BN, Jasmira; PH, Azhar dan Pejuang, Zarawi.

Pada PRU14, Abdul Hadi menewaskan calon BN, Mohamad Nor Endut dan Zarawi Sulong (PKR) dengan majoriti 21,954 undi.

Ketika itu, Abdul Hadi memperoleh 53,749 undi manakala Mohamad Nor (31,795 undi) dan Zarawi (5,318 undi)

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker