Berpisah sehari selepas kahwini suami orang

Oleh – Syeikh Baran


Berpisah sehari selepas kahwini suami orang
Foto Hiasan

Seorang wanita tular di media sosial China kerana perkahwinannya dengan seorang lelaki yang sudah beristeri hanya mampu bertahan selama satu hari, lapor portal berita Detik. 

Menurut laman berita Eva.vn, wanita bernama Tieu My itu dilahirkan pada tahun 2000. Dia dilaporkan pergi ke wilayah Shandong untuk mencari kerja.

Selepas mendapat gaji, wang Tieu My dilaporkan hilang. Dia kemudian dibantu oleh seorang lelaki.

Setelah sekian lama mengenali antara satu sama lain, kedua-dua mereka jatuh cinta dan memutuskan untuk berkahwin.

Ibu bapa Tiew My bagaimanapun melarangnya berkahwin dengan lelaki itu kerana bakal suaminya sudah mempunyai seorang isteri.

Dibutakan oleh cinta, Tieu My mengabaikan larangan ibu bapanya dan mereka kemudian berkahwin.

Bagaimanapun, perkahwinan tersebut hanya bertahan selama satu hari selepas isteri lelaki itu dilaporkan mengandung. Mereka dikatakan bertengkar dan akhirnya bercerai. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker