Igan jadi Parlimen pertama peroleh keputusan rasmi PRU15



KUALA LUMPUR: Parlimen Igan, Sarawak menjadi kerusi Parlimen pertama yang disahkan keputusannya secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), malam ini.

Kerusi berkenaan yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu, menjadi milik penyandang Ahmad Johnie Zawawi yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS), menewaskan Andri Zulkarnaen Hamden daripada Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 14,662 undi.

Ahmad Johnie memperoleh 15,824 undi manakala Andri Zulkarnaen mendapat 1,162 undi.

Pusat-pusat pengundian bagi PRU15 dibuka sejak 8 pagi tadi di Semenanjung Malaysia dan ditutup pada 6 petang manakala proses pengundian di Sabah, Sarawak dan Labuan bermula pada 7.30 pagi selesai di antara 11 pagi hingga 5.30 petang.



Sebanyak 220 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada PRU15, hari ini.

Pengundian bagi Parlimen Padang Serai diadakan berasingan susulan kematian calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang kerusi itu M. Karupaiya pada Rabu lalu.

Manakala proses pengundian di 11 pusat mengundi dalam Parlimen Baram, Sarawak digantung ekoran cuaca buruk yang menyebabkan petugasnya tidak dapat ke pusat berkenaan.

Penjumlahan undi di kerusi-kerusi Parlimen lain masih berlangsung.



BERNAMA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker