‘Tan Sri’ Lim Kit Siang bakal pecah tradisi?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


'Tan Sri' Lim Kit Siang bakal pecah tradisi?

Heboh dalam media sosial memperkatakan mengenai Lim Kit Siang yang dikatakan bakal menerima Darjah Kebesaran yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ sempena Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong esok.

Menurut laporan CHINAPRESS, sekeping foto menunjukkan Lin XiJiang atau lebih dikenali sebagai Lim Kit Siang berada dalam satu raptai di Istana Negara merupakan bukti beliau akan menerima Darjah Kebesaran.

Bagaimanapun, menurut laporan itu juga, saiz songkok yang digunakan Kit Siang tidak sesuai dan akan digantikan dengan saiz yang lebih sesuai dengan ukuran kepala Lim Kit Siang.

'Tan Sri' Lim Kit Siang bakal pecah tradisi?

Jika benar laporan ini, maka tradisi DAP akan dipecahkan oleh veteran poltik tersebut. DAP sebelum ini bersetuju agar semua ahli politik mereka tidak menerima apa-apa Darjah Kebesaran yang dianugerahkan oleh mana-mana Sultan atau Raja Melayu kecuali yang telah bersara dari politik.

Lim Kit Siang, veteran politik DAP yang turut dikaitkan dengan peristiwa 13 Mei merupakan Setiausaha Agung DAP paling lama menjawat jawatan tersebut. 

Beliau juga merupakan ahli politik yang penuh kontroversi dan memperjuangkan Deklarasi Setapak yang masih menjadi rujukan DAP.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker