Moscow dakwa tembak jatuh 4 peluru berpandu di selatan Russia

Moscow dakwa tembak jatuh 4 peluru berpandu di selatan Russia

Moscow dakwa tembak jatuh 4 peluru berpandu di selatan Russia

MOSCOW: Tentera Russia mendakwa pasukan pertahanan udara menembak jatuh empat peluru berpandu buatan Amerika Syarikat (AS) di selatan negara itu.

Kementerian Pertahanan Russia membuat dakwaan pertama seumpama itu dalam tempoh hampir 10 bulan pertempuran.

“Empat peluru berpandu anti-radar `HARM’ AS ditembak jatuh di ruang udara Belgorod,” jelas kementerian dalam satu kenyataan, merujuk kepada wilayah yang kerap dilanda serangan Ukraine.

Peluru berpandu `HARM’ direka khas untuk menyasarkan sistem pertahanan udara yang dilengkapi dengan radar.

Malah, peluru berpandu itu juga mempunyai jarak lebih 48 kilometer (km).

Peluru berpandu itu, yang pertama kali digunakan pada tahun 1984, diubah suai agar ia boleh dilancarkan dari pesawat perang era Soviet Kyiv.

Dilaporkan, senjata yang dibekalkan Barat memberi kesan terhadap beberapa serangan Moscow di Ukraine.

Antaranya, Russia mengalami beberapa kekalahan dalam serangan termasuk penyerahan bandar selatan Kherson.

Sementara itu, Pentagon dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya tidak dapat mengesahkan laporan berhubung peluru berpandu ditembak jatuh di Russia. – AFP

Ukraine beri amaran Russia bakal lancar serangan baharu menjelang tahun baharu

Moscow dakwa tembak jatuh 4 peluru berpandu di selatan Russia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


 

Waktu Untuk Muhyiddin Turun Naik Mahkamah Sudah Bermula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker