Pengajaran Kepada Calon Yang Bakal Di Pilih Sebagai Ahli Parlimen

Pengajaran Kepada Calon Yang Bakal Di Pilih Sebagai Ahli Parlimen

Ada ahli politik yang benar-benar jujur dalam perjuangan.

Mereka menggunakan politik sebagai platfom perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan tanah air.

Setiap amanah dan tanggungjawab yang mereka pikul, akan cuba dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Masalah dan keluhan rakyat pimpinan mereka sentiasa disantuni dengan penuh keikhlasan tanpa kepura-puraan.

Mereka sedar yang memilih mereka adalah rakyat dan yang mengqada supaya rakyat memilih mereka adalah Allah SWT.

Dan mereka akan disoal dan dipertanggungjawabkan atas segala amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan di akhirat nanti.

Namun, ada juga ahli politik yang lupa diri apabila Allah SWT meminjamkan kepada mereka kuasa politik yang bersifat sementara.

Semasa menagih simpati rakyat agar memilih mereka, pelbagai janji-janji manis diberikan.

Waktu itu senyuman mereka lebih manis dari madu dan kata-kata mereka amat lunak didengar.

Tetapi sebaik sahaja mandat diberi, sikap mereka berubah 360 darjah.

Mereka mula bersikap beraja di mata dan bersultan di hati.

Rakyat yang memilih mereka, yang dahulu dilayan dengan mesra, mula dilupakan.

Lebih teruk lagi, ada antara mereka bukan sahaja melupakan wajah-wajah yang memberikan mereka undi, malah tanpa teragak-agak menzalimi tangan yang dahulu menatang mereka.

Mereka lupa, akan tiba masanya nanti mereka pasti akan berhadapan dengan rakyat yang mereka tinggalkan ketika berkuasa.

Juga mereka lupa, apabila kuasa dikembalikan kepada rakyat, kuasa yang dahulunya dalam genggaman mereka, sudah tidak bernilai apa-apa.

Penulis sedih melihat keadaan terkini kedua-dua ahli politik yang dirakamkan di dalam video klip di atas.

Tetapi kesedihan itu tidak dapat memadamkan kemarahan apabila mengingatkan kembali kesombongan dan keceluparan mulut mereka.

Semuga video klip di atas menjadi pengajaran dan pedoman kepada calon PRU 15 yang akan dipilih sebagai ahli parlimen.

Ketika berkuasa, rakyat yang memilih jangan sekali-kali dilupakan.

Kerana suara rakyat adalah kuasa keramat.

 

Pengajaran Kepada Calon Yang Bakal Di Pilih Sebagai Ahli Parlimen

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker