Rakyat Bersedia Untuk Membawa Negara Ke Hadapan Tetapi Kempen PH & PN Masih Bernostalgia Tentang Kisah Silam



Rakyat Bersedia Untuk Membawa Negara Ke Hadapan Tetapi Kempen PH & PN Masih Bernostalgia Tentang Kisah Silam

Rakyat Bersedia Untuk Membawa Negara Ke Hadapan Tetapi Kempen PH & PN Masih Bernostalgia Tentang Kisah Silam

Bukan sahaja Malaysia, malah semua negara di dunia sedang bersiap sedia menghadapi cabaran getir yang sedang menunggu sebaik sahaja tirai 2022 dilabuhkan.

Pemimpin di seluruh dunia bertungkus lumus mempersiapkan negara masing-masing untuk meminimakan impak kemelesetan ekonomi global.

Dunia dijangka akan mengalami impak berganda.



Bukan sahaja dari kesan pandemik Covid-19 yang telah menyebabkan keruntuhan ekonomi dunia.

Malah perang antara Rusia dan Ukraine telah memburukkan keadaan.

Di sebalik kemelesetan ekonomi, dunia juga akan berhadapan dengan ancaman kebuluran akibat kekurangan bekalan makanan.

Ancaman mega yang sedang menunggu telah menyebabkan UMNO/Barisan Nasional mendesak supaya PRU 15 segera diadakan.



Malaysia tidak lagi mampu untuk mempunyai kerajaan yang tidak stabil.

Di mana kabinet yang dibentuk terdiri dari musuh-musuh politik berada dalam satu pasukan.

Dasar-dasar untuk membangunkan embali ekonomi negara yang hampir runtuh akibat kelemahan tadbir urus PH dan PN mesti segera dirangka.

Jaminan makanan untuk rakyat Malaysia mesti segera disediakan sebagai menghadapi kemungkinan kekurangan bekalan makanan dunia.



Sama ada kerajaan mempunyai dana yang mencukupi atau tidak, bantuan segera kepada rakyat mesti disalurkan.

Kerana itu dalam manifesto Barisan Nasional telah digariskan beberapa tindakan jangkamasa pendek dan panjang yang akan diambil sekiranya BN mendapat mandat.

Tetapi agak menghairankan, ketika rakyat dan BN sedang bersedia untuk mengahadapi cabaran mega yang bakal tiba, pemimpin PH dan PN masih seronok bernostalgia dalam kempen mereka.

Dalam kempen pilihanraya, mereka masih lagi seronok meratib cerita kleptokrasi, 1MDB, perompak, penyamun dan memaki hamun serta menabur fitnah.



Tidak ada penerangan yang jelas, ke mana mereka akan bawa rakyat dan negara.

Tidak ada perincian yang jelas mengenai halatuju dan perancangan masa hadapan sekiranya mereka diberikan mandat.

Semuga pada 19 November ini, rakyat dapat membezakan antara kaca dan permata.

Jangan sampai kita dipatuk oleh ular yang sama untuk kali kedua.

 

Rakyat Bersedia Untuk Membawa Negara Ke Hadapan Tetapi Kempen PH & PN Masih Bernostalgia Tentang Kisah Silam

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker