Tun M tumbang di Langkawi

LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau tewas kepada calon Perikatan Nasional, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dengan majoriti 13,518 undi.

Mohd Suhaimi turut menewaskan calon Barisan Nasional, Datuk Armishah Siraj yang memperoleh 11,945 undi, calon Pakatan Harapan, Zabidi Yahya dan calon Bebas, masing-masing mendapat 5,417 dan 89 undian.



Dr Mahathir memperoleh 4,566 undian.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya mengumumkan keputusan itu di pusat penjumlahan undi Parlimen Langkawi di Dewan Badminton Kompleks Sukan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di sini, jam 12 tengah malam ini.

Sebanyak 72.02 peratus pengundi Parlimen Langkawi keluar menunaikan kewajipan mereka bermula jam 8 pagi hingga 6 petang hari ini.

Sejumlah 508 undi telah ditolak kerana dianggap undi rosak.



Pada PRU14 lalu, Dr Mahathir memperoleh 18,954 undi menewaskan Datuk Nawawi Ahmad (BN-10,061 undi) dan Zubir Ahmad (PAS – 5,512 undi).

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button