Dua sungai di Johor lepasi paras amaran, 11 tahap waspada

KLUANG: Dua sungai di negeri ini direkod melepasi paras amaran, manakala 11 lagi termasuk dua empangan mencapai tahap waspada.

Laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia setakat jam 9.15 pagi memaklumkan, paras air Sungai Muar di Buloh Kasap melebihi tahap amaran iaitu 8.75 meter berbanding aras air normal 8.53 meter.

Paras Sungai Muar di Kampung Awat Segamat juga melebihi tahap amaran iaitu 19.67 meter berbanding paras air normal 0.32 meter.

“Sungai lain yang mencapai tahap waspada adalah Empangan Sembrong Batu Pahat, Sungai Sembrong di Batu 2 Sembrong di Batu Pahat, Empangan Machap di Kluang, Kampung Parit Tengah Muar dan Sungai Muar di Panchor.

“Sungai Lenik di Ladang Chaah di Segamat, Sungai Kesang di Telok Rimba, Sungai Senduk dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur di Tangkak, Parit Keliling di Kampung Pasir, Johor Bahru dan Sungai Endau di Kampung Labong, Mersing turut direkod pada tahap waspada,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.

Cuaca dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker