Lewandowski tak mahu Poland lewa



DOHA: Penyerang Poland, Robert Lewandowski memberi amaran kepada rakan sepasukannya supaya tidak memandang rendah Mexico pada aksi pembukaan Kumpulan C dengan dia mengakui potensi El Tri akan ‘merumitkan pertembungan itu.’

Sekalipun penyerang Barcelona itu percaya pasukannya mampu merakam kemenangan pada aksi Rabu ini, tetapi tiada istilah untuk mereka beraksi sambil lewa pada perlawanan terbabit.

“Mexico akan merumitkan keadaan buat kita tetapi perlawanan pertama amat penting. Ini kerana kalau kita menang, ia akan memberi keyakinan kepada semua pemain.

“Kami tahu potensi Mexico, kami akan memberi saingan dan kami mahu menang. Pemain Mexico memiliki kualiti, pemain sayap pertahanan mereka juga baik, jadi kami perlu menyekat serangan itu,” kata Lewandowski.



Lewandowski turut mendedahkan pertahanan Mexico pasti menjadikan dia sebagai ‘sasaran’ untuk dikekang sekali gus menyaksikan Poland perlu bersedia sebaik mungkin.

“Kami sedar bahawa pertahanan Mexico sudah pasti tidak akan memberikan peluang kepada saya. Namun situasi ini akan memberi lebih banyak ruang kepada pemain lain dan kami bersedia untuk situasi seperti ini,” tambahnya.

Poland gagal melepasi peringkat kumpulan dalam tiga penampilan terakhir di Piala Dunia dan hanya mengutip tiga mata pada edisi 2018, 2006 dan 2002 namun Lewandowksi percaya pasukan itu mampu mencipta sejarah pada edisi kali ini.

“Kami tahu tekanan dan jangkaan tinggi yang diletakkan oleh penyokong. Saya perlu dan mahu bermotivasi bagi menunjukkan apa yang boleh saya lakukan di atas padang,” katanya.



AGENSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker