Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?

Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Di Bekukan?

Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?

Ramai yang tertanya-tanya mengenai perkembangan siasatan SPRM mengenai ketirisan RM92.5 bilion.

Ketirisan itu didakwa berlaku berlaku di era Muhyiddin Yasin.

Yang sudah diketahui umum, beberapa individu sudah ditahan oleh SPRM untuk disoal siasat.

Namun begitu, selepas itu umum merasakan seolah-olah tidak ada apa-apa tindakan yang diambil.

Dalam satu siaran secara langsung melalui Youtube, Lokman Noor Adam mendedahkan bahawa SPRM masih meneruskan siasatan.

Secara rasionalnya, kita mesti memahami jumlah ketirisan dana yang begitu besar.

Oleh itu siasatan yang dilakukan oleh SPRM mesti dilakukan secara menyeluruh dan teliti.

Sudah tentu kita tidak mahu melihat kes yang dibawa ke mahkamah tanpa asas dan bukti yang kukuh.

Kerana ianya melibatkan jumlah duit rakyat yang begitu besar.

Dalam siaran langsung Lokman Noor Adam, beliau juga mendedahkan, kini akaun parti PPBM dan beberapa parti yang lain kini sudah dibekukan.

Menurut Lokman Noor Adam, selain dari akaun beberapa akaun parti, turut dibekukan ialah akaun Yayasan Muhyiddin Yasin.

Cuma beliau tidak dapat mengesahkan sama ada betul atau tidak di dalam akaun PPBM yang dibekukan itu mempunyai duit sebanyak RM3.37 bilion.

Selain dari akaun PPBM, terdapat juga jumlah wang ratusan juta ringgit di dalam akaun PAS pusat dan juga PAS beberapa buah negeri.

Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?

Dalam satu ciapan di ruangan komen semasa siaran langsung tersebut, seorang netizen telah mendedahkan secara terperinci.

Menurut beliau, akaun PAS pusat mempunyai simpanan RM700 juta, PAS Terengganu sebanyak RM325 juta, PAS Kelantan RM187 juta.

Selain dari itu, akaun PAS Kedah pula mempunyai simpanan RM87.9 juta, akaun PPBM Kelantan RM70 juta dan akaun PPBM Johor sebanyak RM134 juta.

Berikan Ruang Dan Peluang Secukupnya Kepada Pihak Berkuasa

Sekiranya benar seperti yang didakwa, setiap sen yang diselewengkan mesti diambil kembali

Lebih-lebih lagi dalam keadaan hutang negara sudah melebihi RM 1 trilion dan rakyat sedang dihimpit krisis ekonomi.

Cuma untuk rakyat biasa, kita mestilah bertenang dan jangan berikan tekanan atas siasatan yang dilakukan.

Berikan ruang dan peluang yang secukupnya kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

 

Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker