1 maut, 16 cedera, kereta SUV rempuh kedai Apple



New York: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh kedai Apple di pinggir bandar Boston pada Isnin menyebabkan seorang maut manakala 16 lagi cedera dalam insiden “tidak tercapai akal”, kata pegawai.

Kereta itu melanggar cermin hadapan kedai itu di bandar Hingham, Massachusetts, kata Peguam Daerah Plymouth, Tim Cruz.

Beliau memberitahu pemberita bahawa seorang meninggal dunia dan 16 yang cedera dibawa ke hospital.

“Pagi ini adalah pagi yang ‘tidak tercapai akal’ dan orang ramai masih cuba ‘proses’ apa yang berlaku.



“Tidak perlu dikatakan, pekerja yang bekerja di kedai itu dan berdekatan kelihatan trauma,” tambah Cruz.

Pendakwa raya bagaimanapun tidak menyatakan sama ada kejadian itu adalah kemalangan atau disengajakan, sebaliknya berkata: “Siasatan ini aktif dan berterusan. Kami sangat terhad tentang apa yang boleh kami katakan pada ketika ini.”

Rakaman yang disiarkan oleh sekutu ABC tempatan menunjukkan beberapa orang dibawa keluar dari kedai menggunakan pengusung.

Lubang besar di bahagian bangunan boleh dilihat dengan SUV berwarna gelap di dalam bangunan.



Jabatan Bomba Hanover berkata dalam satu kenyataan yang disiarkan sebelum ini di Twitter berkata bahawa sebuah kenderaan merempuh kedai, dengan beberapa orang cedera dan terperangkap serta pasukan penyelamat di tempat kejadian.

Kebanyakan mangsa yang cedera sudah dibawa ke Hospital South Shore di Weymouth.

Apple belum mengeluarkan sebarang kenyataan atau menjawab pertanyaan berhubung kejadian itu.

AFP





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker