Anwar dipercayai kemukakan akuan sumpah berkanun petang ini

KAJANG: Kediaman Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Sungai Long, di sini, yang menjadi tumpuan media sejak pagi tadi, kelihatan tenang.

Sehingga kini, tiada sebarang pemimpin utama PH yang dilihat berkumpul di kediaman Presiden PKR itu.

Namun kelihatan beberapa pengiring Anwar dan kenderaan yang sedang bersiap sedia untuk melakukan pergerakan di hadapan kediamannya.



Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli, ketika dihubungi, berkata Anwar dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, jam 2 petang nanti.

“Setakat ini kami hanya diminta bersedia di Kuala Lumpur dan jam 2 petang nanti, Datuk Seri Anwar ke Istana Negara,” katanya.

Anwar akan berada di Istana Negara petang ini dipercayai bagi mengemukakan akuan sumpah berkanun (SD) yang menyatakan sokongan ahli Parlimen terhadapnya bagi membentuk kerajaan.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button