Liga Super: The Cops sedia ‘gari’ Penang FC

Liga Super: The Cops sedia ‘gari’ Penang FC

Liga Super: The Cops sedia ‘gari’ Penang FC
Barisan pemain PDRM FC giat menjalani latihan menjelang aksi dengan Penang FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini. Foto ihsan Facebook PDRM FC

PENGENDALI PDRM FC, Datuk Yunus Alif akui masih ‘kerja rumah’ yang perlu dilakukannya bagi membentuk skuad lebih baik bagi harungi baki saingan musim ini.

Menjelang aksi dengan Penang FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini, Yunus menjelaskan aspek psikologi menjadi antara elemen utama yang perlu diubah bagi memastikan The Cops mampu menamatkan saingan liga di kedudukan lebih baik.

“Sebelum ambil alih tugas, saya tanya dimana kedudukan pasukan dan saya anggap tempat kelapan tidaklah begitu teruk. Namun adalah sedikit sebanyak benda yang perlu kami baiki kerana kadang-kadang pemain leka, bersikap terlalu yakin dan begitu juga soal psikologi.

“Kita akan bertemu Penang FC dan perlawanan ini juga penting bagi membolehkan kami mendaki kedudukan liga,” katanya.

Musim ini, PDRM FC sering dilabel ‘pembunuh gergasi’ memandangkan pernah tewaskan kelab lebih besar seperti Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Sabah dan dua kali kalahkan Selangor, masing-masing pada sainan Liga Super, Jun lalu serta aksi kedua pusingan 16 Piala Malaysia, 19 Ogos lalu.

Dalam masa sama, Yunus juga menjelaskan tanggungjawab lain yang perlu dilunaskan ketika ini adalah untuk kekalkan konsistensi mmandangkan saingan selepas ini bakal berehat untuk beri laluan kepada pasukan kebangsaan.

“Masih ada lapan perlawanan liga lagi tetapi ia akan ambil masa lama kerana ada masa saingan dihentikan untuk tempoh rehat antarabangsa. Kita mahu pemain kekalkan momentum dan perkara inilah yang dititik beratkan kerana kalau terlalu lama tanpa aksi kompetitif, ia akan beri kesan kepada kecergasan pemain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Liga Super: The Cops sedia ‘gari’ Penang FC


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PRK Pelangai, PAS Pahang hanya ‘Juara Jual Minyak’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker