Mike Mahen cari penamat terbaik musim 2023

Mike Mahen cari penamat terbaik musim 2023

Mike Mahen cari penamat terbaik musim 2023
SYARUL AZMAN menerima Anugerah Atlet Terbaik SAM-100Plus 2022 daripada Hannah (kanan) di Sunway malam kelmarin.

ATLET bina badan negara, Datuk Mohd. Syarul Azman Mahen Abdullah mahu menutup kejayaan tahun 2023 dengan keputusan gilang-gemilang terutama memburu gelaran di Kejohanan Asia di Kathmandu, Nepal pada minggu hadapan dan juga Kejohanan Dunia pada November nanti.

Syarul atau terkenal dengan gelaran Mike yang dinobatkan sebagai anugerah Atlet Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Malaysia (SAM)-100PLUS 2022 malam kelmarin berharap gelaran itu mampu meningkatkan semangat untuk dinobatkan sebagai juara dalam baki dua kejohanan tersebut tahun ini

Sekiranya Mike meraih gelaran dalam kedua-dua kejohanan tersebut, atlet berusia 50 tahun itu mampu tersenyum gembira bagi menambah koleksi gelaran yang pernah dijulangnya sebelum ini iaitu juara dunia dan juga gelaran Asia sebanyak lima kali.

“Harap tahun ini menjadi tahun terbaik saya. Walaupun tahun lalu, menang Sukan SEA (Vietnam), (kejohanan) Asia dapat nombor tiga dan kejuaraan dunia, tahun ini saya dikurniakan gelaran Datuk dan saya juga dicalonkan untuk Olahragawan (Anugerah Sukan Kebangsaan).



“Jadi, saya harapkan satu tahun yang baik. Saya masih ada dua kejohanan lagi dan harap dapat buat yang terbaik,” kata Mike yang kini berusia 50 tahun.

Mike yang dinobatkan sebagai Atlet Terbaik 2022 susulan kejayaan meraih gelaran dunia kelima tahun lalu, sedang dalam misi memburu gelaran keenam Asia di Kathmandu dan menjangkakan cabaran bakal hadir dari Uzbekistan serta beberapa muka baharu dari Korea Selatan.

Sebelum ini, Mike pernah meraih gelaran Asia pada 2015, 2016, 2017, 2018 dan 2019 dengan penyertaan tahun lalu hanya berpuas hati di tempat ketiga.

Pada Kejohanan Dunia, Mike meraih gelaran berkenaan masing-masing pada 2016, 2017, 2018, 2019 dan 2022.



Mike Mahen cari penamat terbaik musim 2023


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Konspirator kes kes palsu Najib dan Zahid sedang tersepit

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button