Menara Dato Onn sesak menanti keputusan



 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Menara Dato Onn sesak menanti keputusan

Suasana di Menara Dato Onn sesak sementara menanti keputusan yang perlu dibuat oleh Barisan Nasional berkaitan penubuhan kerajaan baru selepas PRU15.

Tinjauan kami mendapati wartawan dalam dan luar negeri memenuhi ruangan lobi Menara Dato Onn.

Menara Dato Onn sesak menanti keputusan

Pasca PRU15 kali ini lebih mengujakan bila tidak ada satu parti yang bertanding beroleh majoriti mudah 112 bagi membentuk kerajaan baru.



Barisan Nasional yang hanya memperolehi 30 kerusi Parlimen menjadi rebutan antara Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional bagi mencukupkan majoriti bagi membentuk kerajaan pusat.

Menara Dato Onn sesak menanti keputusan

Semalam, Perak menyaksikan gabungan PH – BN telah menubuhkan kerajaan negeri selepas Menteri Besar dari BN mengangkat sumpah dihadapan Sultan Perak.

Pahang yang juga berdepan masalah kekurangan jumlah kerusi membentuk kerajaan dijangkakan akan mengikuti langkah Perak bagi membentuk kerajaan.

Laporan lanjut akan menyusul selepas keputusan diperolehi dari Menara Dato Onn.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker