Onn Hafiz Desak Zahid Letak Jawatan, Adakah BN Johor Menang Besar?

Onn Hafiz Desak Zahid Letak Jawatan, Adakah BN Johor Menang Besar?

Onn Hafiz Desak Zahid Letak Jawatan, Adakah BN Johor Menang Besar?

Ibarat kaduk naik junjung, begitulah sikap Menteri Besar Johor, Onn Hafiz.

Dalam satu kenyataan beliau beberapa hari lepas, beliau mahu supaya Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi meletak jawatan.



Ia adalah ekoran pencapaian terburuk BN dalam PRU 15.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/onnhafizghazi/posts/pfbid025E7ucgRE6zgk52VruDFVMC65M1gPESRNdqTTq5SkCDcSux2bZPkXSiyfHzdReoQKl

Tetapi Onn Hafiz sendiri lupa bahawa sebelum PRU 15, beliau telah menjanjikan Johor akan menyumbangkan sekurang-kurangnya 16 kerusi parlimen dalam PRU 15.



Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/229096/berita/politik/pru15-bn-johor-yakin-raih-16-kerusi

Beliau sebagai Pengarah Operasi BN Johor telah ternyata gagal melaksanakan tugas dengan baik.

Sebagai MB Johor, beliau juga mempunyai pelbagai kelebihan berbanding parti lawan untuk memastikan jentera pilihanraya BN bergerak lancar.



Apa gunanya parti mempunyai menteri besar tetapi tidak tahu menggunakan kelebihan yang ada untuk memberi munafaat kepada parti?

Adakah beliau tidak merasa bertanggungjawab untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Johor?

Onn Hafiz mesti sedar diri.

Kalau tidak kerana Sultan Johor mahu lebih dari satu nama sebagai calon MB, beliau bukan sesiapa dalam kepimpinan UMNO.



Beliau tidak akan dikenali langsung dan nama beliau tidak akan diketahui langsung oleh 3.6 juta akar umbi UMNO.

Sangat Malang Bagi Bangsa Johor Kerana Mempunyai Pemimpin Lalang Seperti Onn Hafiz

 

Sekiranya ditakdirkan berlaku kerjasama antara BN dan PH untuk membentuk kerajaan pusat.

Penulis tidak terkejut, sekiranya manusia seperti Onn Hafiz akan menghasut supaya cawangan dan bahagian UMNO di Johor di tutup.



Sikap manusia seperti Onn Hafiz sebenarnya yang membuatkan masyarakat Melayu kembali membenci dan menjauhi diri dari UMNO.

Di mana Onn Hafiz ketika kali pertama UMNO dilihat jijik oleh rakyat Malaysia pada tahun 2018?

Adakah beliau ketika itu beliau bersama-sama kepimpinan UMNO berusaha untuk mengembalikan maruah UMNO?

Kalau tidak mampu menjadi garam, janganlah pula menjadi langau yang cuma tahu membusukkan daging.



Jangan hanya tahu memandang sesuatu dengan menggunakan mata langau, tetapi cubalah memandang dengan menggunakan mata lebah.

Jangan mendabik dada dengan kejayaan Johor hari ini kerana itu semua adalah hasil tangan mantan MB Johor, Datuk Hasni.

Onn Hafiz cuma meneruskan landasan yang telah disediakan.

Berubahlah, kalau tidak, sangat malang nasib bangsa Johor dan tidak mustahil Johor yang menjadi bumi kelahiran UMNO akan menjadi bumi yang melumpuhkan UMNO.

 

Onn Hafiz Desak Zahid Letak Jawatan, Adakah BN Johor Menang Besar?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button