Team Zahid Atau Team Hishamuddin Yang Mahu Membunuh UMNO?



Team Zahid Atau Team Hishamuddin Yang Mahu Membunuh UMNO?

Team Zahid Atau Team Hishamuddin Yang Mahu Membunuh UMNO?

Pemerhati politik mendakwa, akibat dari kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam PRU 15, parti UMNO dilihat telah berpecah dua.

Satu pihak yang menyokong usaha presiden UMNO, DS Zahid, yang cuba mengeluarkan negara dari terus berada dalam keadaan ‘hung parliament’.

Satu lagi pihak yang dikatakan diketua oleh ahli parlimen Sembrong, Hishamuddin Hussien, untuk mendesak BN supaya berkerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).



Persoalannya, pihak manakah yang mengambil langkah yang betul tanpa ada kepentingan peribadi dan demi untuk survivor parti?

Apa Kesan ‘Hung Parliament’ Kepada Negara?

 

Negara sekarang berada di dalam keadaan ‘hung parliament’ dan ini pasti akan memburukkan keadaan ekonomi negara.

Sekiranya sebelum PRU 15, beberapa pelabur asing sudah menyatakan minat untuk membuat pelaburan, namun keadaan terkini politik membuatkan mereka merubah fikiran.

Tidak ada satu pelabur yang akan membawa masuk pelaburan dalam negara yang keadaan politiknya sangat tidak stabil.



Kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan interim yang hanya mempunyai kuasa untuk mentadbir negara.

Kerajaan interim tidak boleh membuat dasar atau membelanjakan duit negara.

Kita kini sudah berada di penghujung tahun, tetapi bajet untuk 2023 masih lagi belum diluluskan.

Kerajaan interim yang ada sekarang hanya boleh membelanjakan dana yang telah diluluskan dalam bajet 2022.



Dalam artikata lain, sekiranya ‘hung parliament’ ini berterusan, kerajaan interim tidak boleh menggunakan wang dari perbendaharaan untuk tujuan pentadbiran.

Mulai tahun hadapan, penjawat awam tidak akan mendapat gaji bulanan, tiada subsidi boleh diberikan kepada barang keperluan asas seperti minyak, beras, gula dan sebagainya.

Oleh itu, ketidaktentuan politik ini mesti diselesaikan segera.

Tetapi keputusan PRU 15 tidak membolehkan mana-mana gabungan parti politik untuk membentuk kerajaan.



Untuk membentuk kerajaan dan demi rakyat, parti politik mesti mengenepikan ego dan bersedia untuk berkongsi kuasa.

Apa Rasional Dari Tindakan Team Presiden UMNO?

 

Dari sudut politik, penulis bersetuju dengan tindakan DS Zahid untuk berkerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Sama ada PKR, DAP atau pun PAN, mereka cuma berbeza ideologi politik dengan UMNO/BN.

Tidak ada mana-mana pemimpin dari parti tersebut pernah mengeluarkan kenyataan untuk menguburkan UMNO/BN.

Seperti kata-kata yang sering diungkapkan, it is better to work with the devil you know than the devil you don’t know.

Dari sudut strategi politik jangkamasa panjang, kalau pun UMNO terpaksa berkongsi undi pengundi Melayu, ianya hanya dengan PKR dan PAN.

Malah, kerjasama ini akan membuka peluang kepada UMNO untuk mendekati dan menyantuni pengundi Melayu yang selama ini menyokong PKR dan PAN.

Di samping itu, UMNO masih boleh mengekalkan sokongan pengundi Melayu yang menyokong UMNO.

Sudah pasti dari jangkamasa panjang, walau pun ketika ini UMNO/BN menjadi parti minoriti dalam kerajaan, tetapi memberikan munafaat dalam jangkamasa panjang.

Apa Rasional Tindakan Team Hishamuddin Hussien?

 

Hishamuddin menggerakkan kesemua jentera beliau untuk menimbulkan gelombang memaksa DS Zahid Hamidi berundur.

Tujuannya jelas, supaya UMNO/BN memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

UMNO/BN sudah pernah bersama dengan PN, malah memberikan laluan kepada pengerusi PN, Muhyiddin menjadi perdana menteri walau pun merupakan parti minoriti.

Tetapi Muhyiddin meneruskan agenda untuk membunuh UMNO dengan meneruskan pendakwaan terpilih ke atas pemimpin UMNO.

UMNO dikhianati dalam PRN Sabah.

Usaha penyatuan ummah yang digerakkan bersama PAS telah dirobek dengan menggunakan agenda ‘scheme of things’.

Dalam jangkamasa panjang pula, pembahagian kerusi untuk kawasan pengundi majoriti Melayu akan berpecah tiga antara UMNO, PAS dan PPBM.

Sudah pasti UMNO akan mendapat kawasan yang paling sedikit berdasarkan keputusan PRU 15.

Sekiranya menjelang PRU 16, UMNO tidak bersetuju dan keluar dari gabungan BN/PN, UMNO akan dilihat sebagai parti yang mementingkan diri sendiri dan besar kepala.

Sudah pasti isu ini akan dijadikan senjata untuk menyerang UMNO sebagaimana yang mereka lakukan dalam kempen PRU 15.

Keadaan ini akan terus menyebabkan UMNO mendapat kerusi yang jauh lebih rendah dari apa yang diperolehi dalam PRU 15.

Akar Umbi UMNO Mesti Memberikan Kepercayaan Kepada Kepimpinan Parti

 

Presiden UMNO, DS Zahid, sudah membuktikan iltizam beliau untuk mempertahankan UMNO dari dimusnahkan oleh musuh politik.

Berikan kepercayaan kepada beliau untuk membuat keputusan dengan tenang.

Penulis yakin, setiap keputusan yang akan beliau buat, bukanlah keputusan bersendirian yang mempunyai kepentingan peribadi.

Beliau sudah terlalu banyak berkorban untuk kembali memartabatkan UMNO.

Sekarang adalah masa untuk kita kembali bersatu dan bukannya berpecah belah.

 

Team Zahid Atau Team Hishamuddin Yang Mahu Membunuh UMNO?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker