Agong Titahkan BN Sertai Kerajaan Perpaduan

Agong Titahkan BN Sertai Kerajaan Perpaduan

Agong Titahkan BN Sertai Kerajaan Perpaduan

Pengerusi Barisan Nasional, DS Zahid Hamidi, memaklumkan SPB YDP Agong telah menitahkan supaya kesemua 30 ahli parlimen BN sertai kerajaan perpaduan.

Beliau bersama dua lagi pemimpin tertinggi gabungan berkenaan menerima titah tersebut semasa menghadap baginda di Istana Negara pagi tadi.

Mengenai sikap berkecuali BN seperti yang dinyatakan beberapa pemimpin parti itu, Ahmad Zahid menjawab:

“Tak ada, tak ada…”

“Bukan itu titah tuanku…”

“Titah Tuanku ialah bentuk kerajaan perpaduan,” jelasnya lagi.

Selain DS Zahid, turut menghadap Agong ialah Timbalan Presiden Umno, DSU Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir.

Semalam menitahkan agar semua 30 ahli parlimen BN untuk hadir di Istana Negara pagi ini.

Bagaimanapun, menurut, sesi itu digantikan dengan pertemuan mereka bertiga saja yang menghadap YDP Agong.

DS Zahid berkata, titah tersebut akan dibincangkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno dan kemudiannya Dewan Tertinggi BN.

Mesyuarat MKT Umno dijadual berlangsung pada jam 8 malam ini, diikuti pertemuan Dewan Tertinggi BN.

 

Agong Titahkan BN Sertai Kerajaan Perpaduan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker