Dua PRU tanpa BN , kerajaan sukar ditubuhkan dan tidak stabil.

 

Pada PRU14 , Hasil tangan Tun Mahathir menjaga kepentingan peribadi nya berselimut kes rekaan terhadap pemimpin UMNO , maka , akhir nya Barisan Nasional pun tumbang.

Setelah tumbang , maka kerajaan tidak stabil dan penuh muslihat diketuai Tun Mahathir pun di bentuk.

Apabila tiba waktu tunai janji menjadi Perdana Menteri hanya dua tahun maka Mahathir serah jawatan kepada Muhyuiddin dalam ‘decoy’ Sheraton Move.

Akhir nya jawatan terpaksa diserah kepada orang UMNO juga kerana Muhyiddin hilang sokongan.

Masa pun berlalu , kini PRU15 pula yang muncul.

Keputusan nya , BN tewas banyak kerusi dan tidak dapat majoriti untuk melepasi finishing line 112 kerusi.

Sepatutnya BN terus menjadi pembangkang dan juga telah dinyatakan bersedia menjadi pembangkang.

Namun , keadaan tidak mengizinkan.

Kerajaan masih tidak dapat dibentuk untuk BN menjadi pembangkang.

Malah , BN diseret untuk masuk campur membentuk kerajaan.

Kedudukan “deadlock’ kedua gabungan yang menang juga tidak cukup kerusi untuk bentuk kerajaan.

Jika BN tolak , maka mereka dikira angkuh tidak peka masalah negara , jika terpaksa memilih pula kedua gabungan ada buruk baik nya.

Pada Perikatan Nasional, sudah dketahui kerja mereka membenamkan UMNO menggunakan talibarut yang digelar ‘kluster broker’.

Pada Pakatan Harapan pula ada DAP dan Agenda LGBT serta Liberlisma.

Kes menjadi dilema besar untuk UMNO dan BN.

Sehingga waktu di tulis ini kerajaan masih belum dibentuk. Lagi.

Apa yang menarik untuk diperhatikan ada lah setiap kali kerajaan dibentuk tanpa BN dan UMNO ia akan jadi tidak stabil.

Pada dua PRU telah terbukti , Pru14 berakhir dengan Perdana Menteri BN waima condong kepada pihak yang melantik nya.

Pada keputusan PRU kali ini BN juga terpaksa diseret untuk bantu selesaikan kebuntuan.

Yang sah , tanpa BN sememang kerajaan sukar dibentuk.

Dua PRU menjadi contoh.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker