Giroud, Mbappe bantu Perancis benam Australia

DOHA: Olivier Giroud menjaringkan dua gol untuk menyamai rekod penjaring terbanyak Perancis, ketika mereka bangkit daripada ketinggalan menewaskan Australia 4-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan D Piala Dunia 2022.

Sumpahan perlawanan pertama sebagai juara bertahan turut diatasi Perancis walaupun pada awalnya ia seperti benar selepas Craig Goodwin meletakkan Australia di depan selepas sembilan minit aksi di Stadium Al Janoub bermula.

Perancis menyamakan kedudukan menerusi tandukan Adrien Rabiot yang kemudiannya membuat hantaran kepada jaringan Giroud untuk mereka mendahului 2-1 sebelum rehat.



Tandukan Kylian Mbappe pada minit ke-68 disusuli jaringan ke-51 Giroud untuk negaranya tiga minit kemudian, menyamai rekod jaringan sepanjang zaman Thierry Henry.

Skuad Les Bleus kendalian Didier Deschamps, yang mendahului Kumpulan D selepas Denmark dan Tunisia terikat tanpa jaringan, menamatkan badi permulaan hambar juara bertahan.

Itali, Sepanyol dan Jerman, masing-masing gagal memenangi perlawanan pertama ketika hadir sebagai juara bertahan.

REUTERS



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button