Guru wanita berdepan detik cemas, kereta dipandu terbakar

Guru wanita berdepan detik cemas, kereta dipandu terbakar

Guru wanita berdepan detik cemas, kereta dipandu terbakar
Kereta dipandu seorang guru, Noraini Ismail, 55, (baju hijau) melihat kereta Proton Exora miliknya terbakar di Kampung Pak Tuyu, Kuala Nerus berhampiran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), pagi tadi. – Foto NSTP/Faizul Azlan Razak

KUALA NERUS: “Malam tadi suami Alias Ngah, 58, dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas mengadu sakit dada disyaki mengalami sakit jantung dan pagi ini kenderaan dipandu saya tiba-tiba pula terbakar.”

Begitu kata Noraini Ismail, 55, yang terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbakar di Kampung Pak Tuyu, di sini, berhampiran Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ketika dalam perjalanan ke sekolah, hari ini.

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mizan Zainal Abidin, Batu Rakit itu berkata, dia keluar dari rumahnya di Kampung Tok Jembal, di sini, kira-kira 7.10 pagi sebelum Proton Exora dinaiki berasap lalu terbakar.

“Pada mulanya saya tidak menyedari kebakaran yang berlaku, namun mendapati pemandu lain memberi isyarat selepas melihat api pada kenderaan dipandu.

“Saya segera menghentikan kenderaan untuk melihat apa yang berlaku dan terkejut apabila mendapati api sudah marak di bahagian enjin,” katanya yang ditemui di tempat kejadian, di sini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat


Noraini berkata, dia bersyukur kerana bertindak cepat menghentikan MPV berusia 12 tahun berkenaan, selain bernasib baik tidak terperangkap di dalamnya.

Menurutnya, ketika kejadian dia sempat mengambil beg mengandungi komputer riba manakala beg duit mengandungi telefon bimbit tertinggal dalam kereta.

“Saya cuba menyelamatkan beg duit, namun dihalang orang ramai kerana bimbang berlaku letupan dan bersyukur masih selamat,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 7.30 pagi.

Menurutnya, sebuah jentera membabitkan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah MPV terbakar 70 peratus dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

Guru wanita berdepan detik cemas, kereta dipandu terbakar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker