Hernandez alami kecederaan lutut serius



AL WAKRAH: Kempen Piala Dunia Lucas Hernandez tampak tergugat selepas pertahanan Perancis itu mengalami kecederaan lutut ketika pasukan juara bertahan berkenaan melakar kemenangan 4-1 ke atas Australia dalam aksi Kumpulan D.

“Dia perlu melakukan beberapa ujian, tetapi ia kelihatan agak serius.

“Itu adalah satu tamparan besar dialami malam ini,” kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

Hernandez kelihatan melangkah keluar dari padang dengan mengalami kesakitan selepas beberapa minit memegang lututnya.



Dia terkena bola dilakukan Mathew Leckie, pemain yang melakukan hantaran lintang kepada Craig Goodwin yang membuka jaringan buat Australia.

Perancis mendahului Kumpulan D dengan tiga mata, dua mata di depan Tunisia dan Denmark yang melakar keputusan tanpa sebarang jaringan sebelum itu.

Reuters



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker