Hina Agong, polis diminta tangkap pelaku



Seri Iskandar: Satu laporan polis dibuat berkaitan tindakan seorang individu menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui perbualan di aplikasi ‘WhatsApp’.

Laporan itu dibuat Timbalan Pengerusi Dewan Ayahanda Ikhtisas Malaysia Cawangan Perak Mohamed Zainudi Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah dekat sini, hari ini.

Menurut Mohamed Zainudi, individu terbabit menggunakan kata-kata kesat bagi ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam perbualan di dalam kumpulan WhatsApp pada petang semalam.

“Saya amat kecewa dengan sikap individu itu. Saya berharap rakyat Malaysia dapat berfikir sebelum bercakap.



“Sebagai warganegara, kita mesti taat kepada Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara.

“Jangan ada mana-mana lagi individu yang menggunakan kata kesat dan menghina Tuanku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Barudin Wariso mengesahkan laporan polis dibuat.

“Siasatan akan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya dihubungi.



METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker