Empat hospital di Gaza tidak dapat beroperasi

Empat hospital di Gaza tidak dapat beroperasi

Empat hospital di Gaza tidak dapat beroperasi
KESAN kemusnahan akibat serangan udara Israel di Khan Younis, selatan Gaza. FOTO Reuters

Gaza: Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan bahawa empat hospital di enklaf yang dikepung itu tidak beroperasi kerana menjadi sasaran langsung oleh serangan udara Israel, lapor agensi berita Jordan (Petra).

Empat hospital itu ialah Beit Hanoun, Al-Durra, Al-Karama, dan Hospital Antarabangsa Al-Oyoun.

“Hospital mengalami kadar penghunian katil yang tinggi iaitu 150 peratus, dan mereka yang cedera serta pesakit tidur di atas lantai dan koridor.

“Tiada stok ubat-ubatan, bahan habis pakai perubatan, dan bahan api di hospital,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kementerian itu berkata, hospital kekurangan semua keupayaan perubatan dan bahan api, sambil menambah bahawa sebarang kelewatan dalam membawa bekalan perubatan ke hospital Semenanjung Gaza akan membawa kepada kehilangan lebih ramai yang cedera dan pesakit.

Ia menyeru masyarakat antarabangsa dan kumpulan kemanusiaan untuk menyegerakan kemasukan keperluan perubatan kecemasan ke hospital di Semenanjung Gaza.

Ia juga menyeru semua pihak berkuasa yang berkaitan untuk melindungi pasukan perubatan, hospital, ambulans dan tempat perlindungan bagi rakyat yang dipaksa oleh pencerobohan Israel meninggalkan rumah mereka, menurut Petra.

Lebih 3,785 rakyat Palestin terbunuh, manakala lebih 12,000 cedera dalam serangan udara Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Empat hospital di Gaza tidak dapat beroperasi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker